TENTANG KAMI





THIYAGARAJAN CONTRACTOR Lebih Dikenali Dengan Nama “RajanTrc” Adalah Syarikat Berdaftar Dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia Di Bawah Akta Pendaftaran Perniagaan, 1956 (Pindaan 2001). 

Penubuhan Syarikat Ini Bertujuan Memberi Perkhidmatan Kerja-Kerja Kejuruteraan Pembinaan Dan Juga Pembekalan Kepada Pihak Agensi Dan Jabatan Kerajaan, Pihak Berkuasa Tempatan, Syarikat Berkaitan Kerajaan Dan Juga Pihak Swasta. Trc Juga Mempunyai Kepakaran Pengurusan Yang Terdiri Dari Pengarah Dan Ahli Pengurusan Yang Berpengalaman Luas Dalam Sektor, Pembinaan Bangunan Dan Kerja-Kerja Sivil. Selain Bidang Pembinaan, Syarikat Juga Aktif Sebagai Pemborong Kerja-Kerja Jalan Perparitan, Perkhidmatan Sewa Kenderaan Berat.

            Matlamat Syarikat Adalah Untuk Memberi Kepuasan Pelanggan Dalam Kualiti Kerja Dalam Industri Pembinaan Dan Kejuruteraan Sivil Pada Harga Yang Bersesuaian Disamping Memastikan Bahawa Projek Yang Dipertanggungjawabkan Dapat Dilaksanakan Dan Diselesaikan Pada Tahap Yang Terbaik.


Prospek Masa Depan Syarikat Dijangka Akan Terus Berkembang Dengan Kestabilan Kedudukan Kewangan Selain Komitmen Yang Tinggi Dari Pengurusan Dan Kakitangan Yang Sentiasa Bekerja Keras Bagi Mencapai Tahap Kerja Yang Bermutu, Berkualiti, Profesional, Tepat Masa Dan Seterusnya Menjadi Model Kontraktor Bumiputera Alaf Baru.




OBJEKTIF


*     Memastikan Kualiti Perkhidmatan Serta Mutu Kerja Yang Memuaskan .

*     Memberi Peluang Kepada Tenaga Mahir / Tenaga Buruh Tempatan Disamping Meningkatkan Taraf Hidup.

*     Meluaskan Dan Mengembangkan Skop Perniagaan Kepada Bidang-Bidang Perniagaan Yang Berkaitan Atau Bidang-Bidang Yang Baru.

*     Memperluaskan Pengetahuan Dan Teknik Terkini Di Dalam Pengurusan Projek.

*     Persaingan Secara Sihat Dan Profesional Seterusnya Menghasilkan Rangkaian Perniagaan Yang Meluas.


*     Menjadi Salah Sebuah Syarikat Bumiputra Yang Berjaya, Maju Dan Berdaya Saing.


SLOGAN


'Best Value for Money'
“Keep Companies like Our Own Company” 



VISI


Beriltizam Memberikan Khidmat yang Cemerlang dan Menjadikan Syarikat Berdaya Maju yang Mengutamakan Kehendak dan Kepuasan Pelanggan Sepanjang Masa.
‘Kepuasan Pelanggan Adalah Keutamaan Kami’.




MISI


*     Memastikan Kerja-Kerja Pembinaan (kerja-kerja civil) Dijalankan Oleh Tenaga Mahir.
*     Memastikan Kerja-Kerja Pembinaan (kerja-kerja civil) Menepati Spesifikasi Yang Telah Ditetapkan.
*     Berusaha Memastikan Pelaksanaan Kerja Menepati Tempoh Masa.
*     Sentiasa Memberikan Perkhidmatan Yang Mesra Pelanggan.
*     Melaksanakan projek yang diamanahkan dengan cekap dan cemerlang demi memenuhi kehendak pelanggan.
*    Mengamalkan semangat kerja berpasukan yang beramanah,profesional dan produktif.


MOTO


“3K”
KESEMPURNAAN (Perfection),
KEPUASAN (Satisfaction),
KESEPADUAN (Integration)















Tiada ulasan:

Catat Ulasan